Saturday, March 19, 2011

Mukadimah pembuka kata dari tenaga pengajar



Assalamualaikum dan shukor alhamdullilah pada Allah yang memudahkan laluan saya untuk menghasilkan ruangan ini dan ribuan terima kasih pada saudara saudari sekelian kerana sudi singgah di ruangan saya ini untuk mendapatkan apa apa informasi yang sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan.Tujuan Blog ini diadakan adalah berkaitan dengan kerjaya forex yang sedang saya jalankan sekarang.

Sebut pasal ”forex” ini mungkin ramai yang tahu atau pun kini menjadikannya sebagai sumber pencarian tetap dan tak kurang juga menjadikannya sebagai ”Part Time”dan yang agak ramai juga yang menjadi ”fobia” dengan perkataan ini..he he he...Atau ada juga yang pernah mendengarnya tetapi masih tertanya tanya..Betul ka forex ni bole dijadikan sebagai kerjaya?Pendapatannya tetap ka? Bole rugi ka?Bole untung ka..?Tipu ka? Macam macam persoalan yang timbul tentangnya..Maka dengan itu untuk menjawab segala ka ...yang ditanya maka saya pun membuka ruangan ini.Saya ada mengajar secara sambilan sambil saya sendiri menjana pendapatan dengan forex ini..Kerana bagi saya mengajar itu sudah menjadi satu keseronokkan sambil membuat pendapatan dengan ”trade” forex ini..Dan yang lebih menariknya lebih ramai yang belajar method yang saya gunakan semakin menjadi bertambah yakin untuk saya sendiri ”trade” bila melihat mereka mereka yang belajar dengan saya dapat membuat pendapatan dengan forex ini..

Thursday, March 17, 2011

Peringkat-peringkat menjadi seorang ‘TRADER’ yang berjaya.



Peringkat 1

Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi profit dengan mudah.

Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor “Tuah” @ luck yg menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya anda tetap mengira yang anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan sebaliknya.Anda yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method atau system yang lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda sendiri,anda selalu melawan market kerana perasaan marah anda.anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau membiarkan keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa saja modal yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu…